Saturday, March 27, 2010

5 Perkara Akan Menimpa...


Rasulallah Sallallahualaiwasallam bersabda: 'Bagaimana kamu jika di timpa lima perkara?
Kalau aku (sabda baginda), akan berlindung kepada Allah agar ia tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya'.

1. Jika perkara maksiat pada satu kaum di lakukan terang-terangan maka akan timbul wabak dan penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.

2. Jika satu kaum menolak untuk mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turun hujan. Kalau bukan kerana binatang ternak tentu hujan tidak akan di turunkan sama sekali.

3. Jika suatu kaum mengurangkan sukatan dan timbangan maka Allah akan menimpakan kelaparan untuk beberapa waktu, kekurangan makanan dan kezaliman penguasa (pemerintah).

4. Jika para penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah, maka Allah akan mengangkat musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.

5. Jika mereka mensia-siakan Kitab Allah dan Sunnah Nabi, maka Allah menjadikan permusuhan di antara mereka.

( Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah )

-zul menantupokkob
»»  read more

Friday, March 26, 2010

Kuliah & Aktiviti Musolla Ar Raudhah


Selamat datang ke Musolla Arraudhah. Insya Allah pihak Musolla ini akan terus mengadakan kuliah mingguan nya dari masa kesemasa.

»»  read more

Saturday, March 20, 2010

Aura Tok Guru

Al Fadhil Ust. Nik Abduh menyampaikan kuliah.

Pada 7hb. Feb. 2010 lepas meninggalkan kenangan manis bagi warga Taman Pelindung Perdana dan Musolla Arraudhah. Ini kerana tarikh tersebut telah berlansung kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Al Ustaz Nik Mohd. Abduh anak kepada Menteri Besar Kelantan,Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

»»  read more

Friday, March 19, 2010

Campur arak untuk sedapkan masakan



Saya menerima email dari pengirim sebuah laman yang berkaitan dengan web saya, walaupun isicerita nya agak menfokuskan secara umum tetapi sekurang kurang ia menjadi peringatan kepada kita, walau kita masih tetap beringat.

»»  read more

Monday, March 15, 2010

Facebook 'Kerajaan Langit'

Sweden atau Demmark menyiarkan kartun kartun Nabi Muhammad menghina Islam, sememangnya kita umat Islam begitu marah dengan perbuatan itu dan semalam Dewan Pemuda Pas semalam mengutuk tindakan sebuah akhbar Sweden :Dagens Nyther :yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Sebelum ini kita sering mengutuk perbuatan sedemikian yang banyak berlaku di Eropah dan sebagainya. Begitu juga dengan novelis India-British Salman Rushdie yang pernah menerbitkan bukunya The Satanic Verses pada 1988. Novel ini mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan

Kini tiba pula dengan perbuatan yang hampir serupa dalam versi tempatan di Negara ini.
‘Pengendali Kerajaan Langit’ muncul di sesawang nya laman Facebook, dan memuatkan beberapa ‘watikah’ nya yang menghina nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi setakat berita yang tersebar beberapa hari lalu, pihak kerajaan kita masih lagi membisu, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan laman web sosial Facebook yang dimiliki Ayah Pin itu dan kita merasakan hal membimbangkan tambah nya.

Rasa nya mungkin NGO atau pertubuhan pertubuhan yang lain akan bakal ‘mengambil’ tindakan mereka selepas ini.

klik gambar untuk dibesarkan.

Antara yang disiarkan dilaman facebook Ayah Pin itu termasuklah:

1] Hukum boleh bernikah dgn kanak-kanak adalah hukum jahiliyah yg Muhammad bawa masuk dlm Islam. Berkata Al-Mutawaffi dlm kitabnya Al-Mujabbar: Brgsiapa berhukum pd zmn jahiliyah dan Islam redo dgn hukum itu maka jadilah ia HUKUM ISLAM. Hukum Islam memang tidak bertamadun membenarkan kanak-kanak kecil menikah, rendah tamadun mcm jahiliya

2] Berita di Klantan budak 10 tahun dikahwinkan. Tok ayah x terkejut kerana Muhammad kawin dgn Aisyah pd umur aisyah 6 tahun dan menggaulinya pd usia 9 tahun. Bygkn lelaki berusia 50 tahun mlakukn seks dgn budak 9 thun. Sgt tidak brmoral nabi umat Islam ini. Inilah bukti rendahnya moral Islam yg diajar oleh Muhammad. Tinggalkan agama tidak brtamadun ini!


Klik link ini untuk terus ke alamat facebook tersebut.

-m/c
»»  read more

Sunday, March 7, 2010

Utusan tolak tulisan bekas mufti Perlis


Ahkbar Mingguan Malaysia hari ini menolak tulisan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kaedah menangani pandangan ulama, untuk kolum mingguannya.


Penolakan terhadap tulisan berjudul 'Ulama dimuliakan atau disucikan?' itu dibantah bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dalam laman sosial Facebook kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mengulas perkara itu, Shahidan yang juga anak murid Dr Asri mendakwa, penolakan tersebut dibuat kerana akhbar itu takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Shahidan juga mempersoalkan tindakan Jakim yang didakwanya mahu 'gam' Dr Asri.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi mengesahkan penolakan terhadap tulisannya itu.

Bagaimanapun, beliau enggan berspekulasi lagi berhubung sebab-sebabnya.

“Pada saya itu biasa sahaja, saya hendak tengok dulu apa seterusnya (berlaku pada tulisan yang akan datang),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Diminta menjelaskan intipati tulisan itu, Dr Mohd Asri menjelaskan, beliau menyatakan pendapatnya bahawa pandangan ulama bukanlah sesuatu yang suci, justeru ia boleh sentiasa dinilai.

Bagaimanapun, penyarah agama yang terkenal dengan kelantangannya itu, menegaskan bahawa pandangan ulama, walaupun bukan suci, ia masih perlu dihormati.

- m/kini
»»  read more

Thursday, March 4, 2010

Sau lagi kaedah mempelajari Al Quran


JIKA anda tidak mempunyai masa lapang untuk belajar mengaji atau membaca Al-Quran dalam sebuah kelas, usah bimbang.

Ini kerana anda boleh mengikuti kelas tersebut melalui Skype - saluran perhubungan Internet yang merangkumi telefon, perhubungan video dan pesanan ringkas.

»»  read more

Tuesday, March 2, 2010

Sahabat Ar Raudhah. siri 2


Setelah berunding , Dr Asri tetap tidak dibenarkan bercakap mengenai agama namun beliau hanya dibolehkan untuk memberitahu bahawa beliau dilarang daripada bercakap agama .

Saya sedang cuba menenangkan keadaan sambil meminta Dr Asri teruskan sahaja ucapan atau forum malam ini sehingga selesai . Namun Dr Asri membuat pilihan untuk mematuhi arahan JAIP agar tidak bercakap agama pada malam ini melainkan sekadar memaklumkan kepada umum bahawa beliau dihalang untuk bercakap agama oleh Jabatan Agama . Barangkali kalau beliau menyanyi atau menari mungkin Jabatan Agama membenarkan sebagaimana mereka tidak usik pun kelab - kelab malam yang bersepah ditengah - tengah bandar Kuantan .

Kini tinggal saya dengan Dr Azahar Yaacub meneruskan Forum hingga tamat , setelah Dr Asri beredar selepas 10 minit berada di atas pentas forum . Jelas ianya sangat mengecewakan orang ramai terhadap tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

- by Nasrudin Hassan Tantawi
»»  read more