Mawlid mingguan di kiswah 30 DIs 2021
1 year ago
Diceritakan Seorang Sufi bernama Ibnu Bashad yg hidup pada abad ke sepuluh menceritakan, ada suatu ketika ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di masjid Kaherah, sambil menikmati makan malam.
Ketika itu seekor kucing melintasi didepan nya, lalu Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, tetapi kucing itu tidak memakan nya tapi menggigit membawa lari ke bahagian atas masjid itu, namun tak lama kemudian kucing itu datang lagi ke arah Ibnu Bashad.
Setelah Syeikh Ibnu Bashad memberinya potongan daging yg ke dua, secara perlahan lahan dan senyap Ibnu Bashad mengikuti kearah mana kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai ke bahagian atap sebuah rumah berdekatan dgn masjid itu, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyuap nyuapkan sepotong daging yang diberikan tadi kepada se ekor kucing lain yang buta kedua matanya.
Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia ta’jub dgn kebesaran Allah dan beliau mendalami agama serta menjadi seorang sufi, dan beliau meninggal dunia pada tahun 1067.
Selain itu, kaum sufi juga mengamati, bahwa dengkuran tidur nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah. – alihbahasa by najaf kemaman
Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan KANAN.
Jam sama ada jam tangan atau jam dinding dan sebagainya yg menggunakan konsep analog atau pun bukan digital atau lebih difahamkan yg menggunakan jarum, bagi menunjuk waktu nya, sejak dari ianya di cipta ia memulakan pusingan dari kiri ke kanan.
Difahamkan sejak berzaman dahulu lagi orang2 berbangsa Mesir menggunakan kaedah cahaya matahari bagi mengira detik2 waktu dalam seharian. Mereka membina sebuat menara atau tugu yg dinamakan “Obeliks” dan cahaya matahari yg memancarkan cahaya menyinar tugu itu akan terdapat bayang tiang nya. Pabila cahaya matahari semakin meninggi, bayang tugu itu pun ikut bergerak serta dari situlah kiraan masa di ambil.
Umpama nya kita buat satu tiang ditengan padang dan melihat baying tiang itu akan bergerak secara perlahan dari timur ke barat.
Matahari terbit dari timur dan jatuh ke barat jadi agak memudahkan orang2 Mesir itu melihat bayang sukatan waktu nya kerana Negara Mesir berada ke bahagian Utara benua Afrika. Jadi itulah dikatakan asal penyebab jarum jam dibuat pusingan nya dari kiri ke kanan. Wallahualam. – alihbahasa matjejakrasul/jelajahunik