Saturday, August 20, 2011

Tazkirah Ust.Dr.Aminurrasyid di Musolla Ar Raudhah

Pecutan 10 Hari Terakhir Ramadhan.

Tazkirah malam ke 20 ramadhan 1432H oleh Al Ustaz Dr.Aminurrasyid Yatiban di Dataran Al-Imam An-Nawawi Musolla Ar-Raudhah Pelindung Perdana Beserah.



Tags:
Ust Mohd Azli Badilah Badie Razik
»»  read more

Tuesday, June 7, 2011

Hati manusia yang telah mati


Persepsi bab mati memang berbeza pandangan nya dari orang ramai. Pada anggapan masing masing mati itu ada dari pelbagai kaedah, ada yg menganggap sudah ‘mati’ apabila kehilangan kekasih dan yg anggap hidup sudah tidak berguna apabila hidupnya selalu dirundung malang dan sebagainga.
»»  read more

Wednesday, May 11, 2011

Rahsia disebalik nama Muhammad


1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan ia dalam bentuk mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum Jika sebaik-baik makhluk yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA...
»»  read more

Friday, December 10, 2010

Apabila Seorang Perempuan Keluar Memakai Jilbabnya, bermakna Ia Sedang Berjuang Untuk Islam - Yvonne Ridley


Yvonne Ridley adalah seorang penulis dan reporter yg berasal dari England, pernah satu ketika dahulu nama ini bermain dibibir mulut ramai orang di barat dan timur tengah, ekoran dari ditahan oleh kumpulan Taliban. Setelah dibebaskan beliau pulang ke England dan terus memeluk agama Islam.
»»  read more

Sunday, November 21, 2010

Aidil Adha dan Ibadah Qurban-Aqiqah 1431H


Buat pertama kalinya warga Taman Pelindung Perdana dan masyarakat setempat bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha di Musolla Arraudhah sejak mula di imarahkan lebih kurang 5 tahun lepas. Kebiasaanya penduduk di sini yang sebilangan besar penjawat awam dan swasta mengambil peluang cuti umum ini untuk beraya di kampung masing-masing. Pada tahun ini,memandangkan cuti Aidiladha jatuh pada pertengahan minggu, kebanyakkannya sepakat untuk menyambut Adiladha di sini dengan bersama-sama solat sunat dan menjayakan ibadah qurban.


Pada pagi 10 Zulhijjah itu, suasana hening taman di pecahkan oleh gema suara takbir penuh semangat oleh para jamaah. Uniknya lafaz takbir itu di selangi suara nyaring penuh semangat para jamaah ala 'irama timur tengah' yang berbeza dengan laungan takbir yang 'mendayu dan sedih' di kebanyakan negara di sebelah nusantara ini. Ia sedikit-sebanyak menyuntik 'roh jihad' para sahabat yang berjuang mempertahan martabat dan maruah Islam suatu ketika dulu.


Solat Aidiladha di imamkan oleh Ustaz Mohd.Azli, di ikuti penyampaian khutbah oleh Ustaz Nasrudin Hassan yang mengimbas kembali peristiwa pengurbanan Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim. Khutbah yang lantang dan bertenaga oleh Al Ustaz Nasrudin menyentuh tentang perlunya kita berkorban dan berusaha dalam kontek 'amal maaruf, nahi mungkar' dan memertabatkan Islam ketempat yang selayaknya. Yang menariknya, khatib yang menyampaikan khutbah sambil memegang tombak menggantikan tongkat seperti kebiasaannya sempena menghampiri sunnah Rasulullah yang di riwayatkan memengang pedang ketika berkhutbah.

Ibadah qurban dan aqiqah bermula lebih kurang pukul 10 pagi, dengan tujuh ekor lembu ditumbangkan di sini dan seekor (dalam bentuk RM) di pos ke Sarawak untuk umat Islam di sana. Alhamdulillah sekitar pukul 2, daging qurban mula di agihkan di ikuti jamuan tengahari untuk petugas dan para hadirin.
Semuga Musolla Arraudhah terus berperanan dalam penyebaran risalah Islam dan penyabung saliturrahim ummah.
»»  read more

Wednesday, November 17, 2010

pemimpin yang adil

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT, iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya secara profesional dan tepat.
»»  read more

Friday, October 29, 2010

Hati di cipta untuk mengenal sang Pencipta


Suatu hari, seorang laki-laki menemui Nabi Muhammad SAW, "Wahai Rasulullah, berwasiatlah kepadaku." Lalu Rasulullah bersabda, "Janganlah kamu marah!" Beliau mengulanginya berkali-kali, lalu bersabda, "Janganlah kamu marah." (HR Bukhari)
»»  read more