Tuesday, October 30, 2012

Sembahyang dimana mana mahu tak mahu saja

Untuk melakukan sesuatu pekara perlulah ikhlas, dan ini sangat susah dan sulit terutama dalam sebarang apa pun amal ibadah, nafsu itu sangat tersembunyi perasaan halusnya dan sangat payah dikesan.(klik tajuk untuk selanjut)

 

Melakukan sembahyang perlu dengan redha dan diatas kerelaan sendiri. Tak semesti nya hanya perlu bersembahyang cuma dimasjid2 atau surau2 mahupun dirumah sahaja.

 

Bersih dan sesuai tak kira dimana pun, ditengah padang, didalam hutan mahu pun didalam gua sekali pun. Solat perlu dijaga itulah keutamaan kita. Umpama nya di Negara kita sendiri masih banyak tempat tempat yg boleh dilakukan solat bila tiba waktu nya. Bukan nya berlaku dharurah barulah kita boleh bersembahyang dilokai tertentu.

 

Jika berada dalam hutan sekali pun mahupun dijalan jalanraya yg jauh dari masjid dan seumpama nya. Yang wajib dikerjakan perlu dilaksanakan, kecuali dalam hukum2 tertentu.

 

Perjalanannya tidak menentu dan seandainya ikhlas takkan ianya bertukar-tukar dari ujub, riyak, gila puji, ataupun ingin dinilaikan akan perbuatan itu. Janganlah kita menjadikan amal ibadah itu selalu terdorong ke arah kepentingan-kepentingan duniawi ini.

0 comments:

Post a Comment