Saturday, February 13, 2010

Antara keunikan sejarah Islam di Beserah

Buku yang banyak memuatkan fakta perjuangan ulamak yang tidak diketahui ramai.

Beserah adalah sebuah desa nelayan dan dikenali sebagai pengeluar dan pembekal berbagai produk hasil dari laut antaranya termasuklah ikan masin, ikan bilis, keropok dan tangkapan ikan ikan segar. Gaya pendaratan hasil laut nya agak tersendiri, dengan penggunaan kerbau kerbau untuk menarik ikan ikan dari bot membawanya ke tepi pantai, itulah keunikan Beserah. Klik tajuk untuk teks selanjutnya.


Penghasilan di pekan kecil ini juga merangkumi buah kelapa, kain kain batik produk makanan tradisi nya.

‘Beserah’ ini juga merupakan perkataan dari singkatan maksud ‘berserah kepada Allah’ yang juga merupakan sejarah asal nama pekan ini.


Di awal penempatan Beserah, seorang tokoh agama Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum, setelah berlakunya beberapa kisah sedih keatasnya setelah berlakau kematian anak nya Timah, beliau dan beberapa orang pengikut berpindah dan membuka kampong disatu penempatan baru.


Setelah beliau mula menjalani kehidupan di tempat baru ini, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang.


Haji Abdur Rahman Limbong antara ulamak terkenal di Pantai Timur juga pernah mengembara dan tinggal sebentar diBeserah dan Kuantan dan terdapat juga beberapa orang muridnya disni waktu itu. Mengikut susungalur nya Haji Abdul Rahman Limbong ini pernah menubuhkan serikat parti Islam pertama nya di Negara kita di Beserah. Ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan kesah ini kerana pelbagai retorik penjajah.


Penubuhan Parti Sarekat Islam (SI) sebagai Parti Islam pertama di Tanah Melayu oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong pada tahun 1920-an di Beserah, Pahang sebagai sebuah cawangan daripada Parti Sarekat Islam di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1909. Maklumat ini tersimpan dalam tulisan-tulisan yang disimpan di sebuah muzium di Belanda dan England. Hanya terbongkar apabila kajian sejarah dilakukan mutakhir ini.

Hizbul Muslimin (HM) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah kesinambungan daripada perjuangan ulama’-ulama’ terdahulu dan para pejuang awal menentang penjajahan Inggeris dan kesinambungan itu terus dinobatkan hingga mutakhir ini.


Turut difahamkan bekas menteri kesihatan Chua Ju Meng, pun diajak memeluk Islam di Beserah beberapa bulan yang lalu.


Surau surau di Beserah sekarang ini pun banyak di imarahkan dengan pelbagai kuliah dalam usha usha merapatkan jurang ke agamaan kita. Begitu juga dengan hidupnya Mussola Ar Raudhah ini yang dipergerakan dengan kuliah kuliah mingguan nya dan pada 27hb. nanti dijangka Surau ini akan menjadi lokasi majlis Forum Perdana yang bakal di sensasikan dengan kehadhiran bekas Mufti Perlis Ust.Asri serta Professor Agus TV9 sebagai pengerusi nya.


- susunan matjejakrasul

2 comments:

  • Thalut says:
    April 3, 2012 at 10:50 AM

    harap pendukung2 sarekat islam ketika itu dapat membangkit anak2 mereka yang sedang tidur diulit mimpi ketika ini

  • Dr. Aminudin Abdul Karim says:
    October 25, 2013 at 8:27 AM

    lihat catatan saya tentang Beserah dalam buku saya bertajuk "Memoir Seorang PTD Kumpulan 3 " (2011) dan buku saya terbaharu tentang Beserah dalam buku "Rona-Rona Pahang 1889-1952"(2012)

Post a Comment