Sunday, January 17, 2010

Surau 100 tahun di Kemaman


Sempena dengan ‘pelancaran’ sebuah laman kecil ini “Ar raudhah” yang telah didaftarkan di atas nama http://musollaarraudhah.blogspot.com/ saya selaku penulis sambilan, turut menyumbangkan satu artikel ringan sebagai ‘merasmikan’ artikel pertama khusus buat weblog ini.

Saya turut difahamkan, yang laman ini adalah kepunyaan pengurusan surau Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana, Beserah Kuantan. Ikutilah teks selanjutnya:

Daerah Kemaman yang juga meliputi mukim Cukai khusus nya, memang begitu banyak kesan sejarah dan cerita cerita lisan yang masih menjadi sebutan masyarakat hingga ke hari ini.

Siapa tidak mengetahui pasal “kes Natrah” yang menjadi buah mulut dan tersebar ke seluruh dunia, dimana Natrah yang berketurunan Belanda yang pada awalnya pernah memeluk Islam itu pernah menetap dirumah ibu angkat nya di Cukai Kemaman.

Siapa yang tidak mengetahui yang daerah ini juga pernah di kejutkan dengan kes “merobohkan masjid” di kampong Bujal, Kemaman? Begitu juga dengan daerah Kemaman ini juga pernah di singgah oleh Abdullah Munshi suatu ketika dahulu dan masih banyak lagi sejarah sejarah yang lain tidak dapat di ceritakan disini.

Begini juga dengan kesah yang diceritakan nanti, juga merupakan kesan peninggalan sejarah di daerah itu.

Saya masih ingat lagi beberapa tahun dahulu, yang mana Tuan Haji Mohd Yusof Ab.Rahman yang juga merupakan arwah ayah kepada salah seorang dari AJK badan pengurusan surau Ar raudhah ini iaitu En.Abdul Razik, pernah menziarahi sebuah masjid lama yang dijangkakan berumur lebih dari 100 tahun yang terletak di kampong Tuan Cukai Kemaman.

Masjid tersebut yang jauh lebihkurang 700 meter dari pusat Bandar Kemaman, masih lagi terpelihara dengan baik, walaupun para jemaah nya tidaklah seramai di zaman dahulu. Kedudukan nya yang terselindung di sebalik rumah-rumah moden, tetapi masjid lama itu masih kukuh berdiri sama megah walaupun pembinaan nya tidak menggunakan sebarang paku.

gambar suatu ketika yang tiada orang menjaga surau ini

Kedudukannya juga tidak jauh dari sungai Limbong, dan oleh kerana ditelan masa masjid ini ‘berubah’ menjadi sebuah surau pula apabila pembinaan beberapa masjid lain yang berdekatan yang jauh lebih besar dan moden.

Saya difahamkan Surau lama yang dibina pada tahun 1830 itu dibina oleh seorang guru agama berasal dari Pattani, Thailand, Syed Abdul Rahman Abdul Samad, yang melarikan diri ke sini akibat peperangan di negaranya. Beliau membina masjid ini untuk kegunaan penduduk kampong untuk bersembahyang dan belajar agama yang mendapat sambutan baik ketika itu.

Selepas kematiannya, tempatnya diambil alih anaknya yang dikenali sebagai Tuan Wok dan ketika itu Abdullah Munshi dikatakan pernah ke surau tersebut untuk berhenti bersembahyang.

Surau ini dibina secara ‘tradisi’ yang juga dikatakan berunsur pengaruh bangunan di Siam. Bumbungnya yang mempunyai empat lapis dengan menggunakan atap genting yang dibawa dari negara itu memberi suasana yang amat tenang apabila pertama kali melihatnya.

Jika di perhatikan pada bumbung nya diletakan replica buah butung yang dibuat dari tembaga dan difahamkan, replika buah butung itu dibina untuk diletakkan pada Masjid Keresek di selatan Thai tetapi pembinaan masjid itu tergendala lalu ia dibawa dan diletakkan di atas surau berkenaan.

Kesenian surau ini cukup terpegun, apabila struktur mihrabnya berbentuk bulat difahamkan ditebuk daripada sebatang kayu cengal yang di ambil dari hutan daerah itu, menurut cerita orang orang kampong disitu, pembinaan nya hanya menggunakan pasak kayu. Penggunaan kayu cengal untuk surau ini, cukup menambahkan ‘kelasik’ yang sukar didapati sekarang ini. Ianya masih kukuh dan hingga kini masih lagi dipergunakan penduduk kampong untuk sembahyang fardhu dan sunat tarawikh.

Sekarang ini masih lagi ada waris kepada pengasas surau itu iaitu cucu kepada Tuan Wok, Wan Jaafar Wan Hassan, 60 yang tinggal berhampiran dengan surau lama itu. Ini kerana beliau sudah tua dan sukar mengingati tentang datuknya yang menjadikan surau itu sebagai tempat mengajar ilmu agama.

Saya juga pernah berhenti dan bersembahyang di surau itu, dan agak terkilan juga kerana beberapa gambar surau itu yg dirakamkan ‘hilang’ entah kemana.

- matjejakrasul http://sentiasa.blogspot.com

1 comments:

  • mimbarubey says:
    June 24, 2015 at 12:13 PM

    Salam tuan tanah,

    Mohon ingin mencelah dan berkongsi di sini tentang masjid hebat itu. Jika di susur galurkan tentunya kita akan dapati bahwa pendiri masjid tersebut ada hubungan dengan Syeikh Samad Al Falimbani yang terkenal dengan kitab hidayatul salikin. Saya hanya dapat bagitau sedikit saja hal ini kerana keturunan kami memang pengikut Syeikh Saman yang dibawa oleh Tuan Syeikh Samad AlFalimbani dan mengetahuinya dari mulut ke mulut tentang salah silah keturunannya . Itu pun sedikit saja yang diketahui, jika ingin lebih lanjut sila bertanyakan kepada keturunanmya yang masih hidup di kemaman.

    Saya hanya tahu sedikit kisah pasal masjid ini dan telah mencari lama pasal masjid ini. Alhamdulilah akhirnya jumpa di lama blog ini , Terima Kasih diucapkan.

    Diharap jika ada umur ingin pergi kesana dan merasai hasil tangan kerja orang lama yang telah pupus ditelan zaman.

    Tq
    Pengikut Tarekat Syeikh Saman

Post a Comment