Monday, February 22, 2010

Forum Perdana di Mussola Ar Raudhah Taman Pelindung Beserah


Forum perdana anjuran Mussola Arraudhah ini yang bakal diadakan pada 27hb nanti, insya Allah tetap akan dijayakan juga walaupun berlaku sedikit beberapa perubahan.

Forum yang bertajuk "Sunnah Rasulullah SAW:Antara kesungguhan,kekeliruan dan cabaran perlaksanaan nya" itu yang mana sebelum ini dijadualkan ahli panel nya terdiri dari Ustaz Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis, Ust.Afenndi dan Ust.Nasarudin Tantawi serta Prof.Dr.Agus TV9 selaku pengerusi nya akan berubah disebabkan Ust.Afendi dan Dr.Agus tidak dapat menyertainya.

Mereka tidak dapat turut serta sebagaimana yang dijadualkan itu di atas sebab sebab yang sukar dielakan. Ust.Afandi akan digantikan oleh Ust.Mohd Nor Hamzah dari Terengganu manakala pengerusi forum tersebut iaitu Dr.Agus bakal diganti dengan En.Fadli Ramli seorang peguam yang berasal dari Kuala Rompin.

Tempat dan waktu tidak berubah, iaitu di Surau ini Mussola Arraudhah Taman Pelindung Beserah, jam 8.30 malam selepas isyak.

Jika perlu atau berlaku perubahan pihak kami akan update dalam ruangan ini nantidan setakat ini keputusan itu dikekalkan.

Semua muslimin & muslimat dijemput hadhir.

0 comments:

Post a Comment