Tuesday, February 9, 2010

KEM SUHBAH GABUNGAN RIBATH CHERATING -IPTAF


Pada akhir januari lalu beberapa pusat pengajian pondok dari Terengganu dan Kemaman telah megadakan satu majlis 'Kem Suhbah Gabungan' yang bertempat di Cherating Kuantan.

Majlis ini banyak melibatkan beberapa sahabat ana yang mengendalikan nya. Ana sendiri tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana melibatkan kerja harian di Chukai Kemaman. Rasa sedikit kerugian kerana tidak dapat bersama dengan sahabat sahabat yang lain.

Kem Suhbah Gabungan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Lagoona Resort, Cherating, Kuantan, Pahang pada 29-30 Jan baru-baru ini. Ia melibatkan seramai 80 pelajar dari Madrasah Siratol Mustaqim Kemaman, Ma’ahad Tahfiz Darul Uloom, Kemaman (35 orang) dan Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Bt Buruk, Kuala Terengganu (27) yang kesemuanya berjumlah 142 pelajar.

Ia merupakan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dengan pihak IPTAF (Ikatan PendidikanTauhid & Tassawuf) dimana IPTAF diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya kem tersebut.

- matjejakrasul-ihsan IPTAF

0 comments:

Post a Comment