Saturday, March 20, 2010

Aura Tok Guru

Al Fadhil Ust. Nik Abduh menyampaikan kuliah.

Pada 7hb. Feb. 2010 lepas meninggalkan kenangan manis bagi warga Taman Pelindung Perdana dan Musolla Arraudhah. Ini kerana tarikh tersebut telah berlansung kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Al Ustaz Nik Mohd. Abduh anak kepada Menteri Besar Kelantan,Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.


AJK musolla dan jemputan bersama Ust. Nik Abduh merakamkan kenangan.

Kuliah yang di sampaikan beliau, cukup terkesan dengan gaya bahasa dan lengguk penyampaian mirip tok guru, ibarat peribahasa ' kemana nak tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.Dengan kata lain, terasa akan aura tok guru bila di hayati isi kuliah beliau.

Gerai jualan buku dan kitab.

Dalam majlis tersebut, Ustaz menekankan betapa pentingnya keikhlasan dan bergantungharap kepada Allah dalam setiap amal perbuatan. Hati yang sentiasa ingat dan tidak lalai kepada Allah.

Berehat dan berbincang selepas jamuan di rumah Ust.Din

Alhamdulillah kehadiran pada malam tersebut memenuhi ruang musolla, mungkin juga selain tujuan utama menuntut ilmu, para jamaah tidak mahu terlepas peluang untuk melihat secara 'live' anak tok guru.

Berbual bual selepas jamuan.

Selesai majlis, Al Fadhil Ustaz dan keluarga berserta petugas di jemput makan malam oleh Ustaz Nasrudin Tantawi ke rumah beliau.
Semuga Musolla ArRaudhah terus berperanan dalam menyebarkan Risalah Islam kepada masyarakat setempat khasnya dan di muka bumi ini amnya. Amin.

0 comments:

Post a Comment