Saturday, May 1, 2010

Ya Umairah..teruskan perjuangan ini


Inilah gambaran kekuatan muslimat kita seandainya kemuliaan agama tercinta ini terus dimertabatkan serta mengamalnya mengikut kaedah yang betul yang selari dengan tuntuan kesucian agama kita.


Kemuliaan muslimat tercinta tetap diterima apatah lagi dengan kuasanya yang ada demi mendampingi suami suami tersayang dalam mempejuangkan dan menegakan kalimat kalimat Allah dibumi tercinta ini, khusus nya Negara mu Malaysia.

Mungkin juga kehebatan ‘srikandi’ diMalaysia agak kurang terserlah, tetapi kita semua usah lupa dengan tanggung jawab mereka yang membantu semangat keimanan kita, malah dorongan serta sokongan nya cukup untuk membuat hati tersenyum. Mereka inilah yang mendidik dan mengasuh anak anak serta menjaga keharmonian rumahtangga.

Jasa jasa pertiwi ini sudah cukup kuat untuk kita semua menjadikan bekalan untuk mengahadapi kerenah pemerintah yang semakin ‘memporakperandakan’ suasana yang ada dinegara ini.

Memang agak malas untuk menyentuh bab rasuah, bab memberi permit permit kepada objek objek haram, tetapi pekara ini memang tidak dapat untuk di elakan. Mereka turut dibelai dengan kenyataan ulamak ulamak khusus nya yg terus dibuai dan melakukan pekara yg dilarang oleh agama Islam itu.

Kenapa berdiam diri apabila di minta memperjelaskan apa hukum sebat yg dibatalkan? Apa hukum sokso, yang mengaitkan syarikat syarikat produk haram untuk membuat perlaburan? Sehabis habis lembut alasan yg diberi.. ‘ini harus’ Negara kita majmuk.

Disinilah muslimat kita perlu memainkan peranan dan menjalankan tanggung jawab nya bagi mengatasi gejala gejala tak sihat yg semakin jelas diperlakukan oleh mereka ini.

Perjuangan kita tetap diteruskan, walaupun anjing menyalak di sepanjang jalan!

0 comments:

Post a Comment