Sunday, January 17, 2010

Sambutan AidilFitri ArRaudhah-Gambar & Peristiwa


Pada 14 Syawal 1430 bersamaan 3hb.Okt.2009 yang lalu,Surau Arraudhah telah mengadakan majlis jamuan sempena perayaan AidilFitri bagi tahun 1430H. Semuga program ini mengeratkan lagi saliturrahim antara para jamaah dan penduduk taman dan masyarakat sekitar sesuai dengan tuntutan agama.


Pada sebelah pagi diadakan gotong-royong membersih surau dan sebelah petang para penduduk bersama-sama memasak untuk jamuan pada malamnya.


Majlis di mulakan dengan solat maghrib berjamaah di ikuti tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad sebagai santapan rohani.Selepas solat isyak para jamaah dan penduduk bersama-sama menikmati hidangan dan juadah yang di sediakan oleh pasukan memasak yang di ketuai oleh Chef Saudi Kampung Bugis.


Apa yang menariknya, majlis ini tanpa di sangka mempertemukan kami para jamaah dan masyarakat setempat dengan para ilmuan, leader dan aktivis gerakan Islam peringkat negeri dan nasional antaranya penceramah dan motivator Ustaz Mahmud Mat, Ustaz Suhaimi Saad serta Ustaz Nasrudin Tantawi.


Semuga program ini di kerahmati oleh Allah Subhanahuwataala sesuai dengan harapan kami menjadikan Surau ArRaudhah ini subur dengan majlis-majlis ilmu dan di iktiraf sebagai 'Raudhatul Jannah'.

0 comments:

Post a Comment