Saturday, January 23, 2010

Lawatan dan Tazkirah Oleh Yang Berbahagia Qadhi Daerah Kuantan


Pada 29.Muharram.1431H bersamaan 15.Jan.2010M, Yang Berbahagia Pegawai Agama Daerah Kuantan, Al Fadhil Ustaz Hamdan Yusi telah membuat lawatan ziarah ke Surau ArRaudhah atas jemputan pihak pengurusan surau.Beliau juga telah menyampaikan kuliah maghrib yang menyentuh peranan surau dan ahli jamaah,perancangan menaik taraf surau kepada masjid,aktiviti dan program Jabatan Agama Islam Kuantan dan isu-isu semasa.


Majlis pada malam itu di pengerusikan oleh Ustaz Mohd. Azli yang juga Imam 1 Musolla ArRaudhah turut pengumumkan beberapa perancangan pembangunan surau, aktiviti pembangunan insan dan pelancaran tabung pembangunan Raudhah.

Keperihatinan Al Fadhil Ustaz Hamdan ini, amat kami hargai. Semuga pertemuan ini memberi manfaat dan di beri pentunjuk oleh Allah dalam membentuk institusi dan jamaah yang mampu melahirkan umat dan generasi yang di redhoi. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment