Friday, March 26, 2010

Kuliah & Aktiviti Musolla Ar Raudhah


Selamat datang ke Musolla Arraudhah. Insya Allah pihak Musolla ini akan terus mengadakan kuliah mingguan nya dari masa kesemasa.


Pihak kami juga mengadakan kuliah tafsir kitab, iaitu setiap hari khamis malam jumaat setiap minggu dan kuliah tafsir Al Quran pada hari jumaat. Kuliah kuliah ini dimulakan selepas sembahyang maghrib.

Kuliah ini akan disampaikan oleh Ust.Nasaruddin Tantawi. Pihak kami juga turut menjemput Ustaz Ustaz atau penceramah dari luar kawasan, bagi mengimarahkan lagi majlis yang diadakan.

Kebiasaan nya disebelah petang pada hari khamis jam 5.00 pm pihak kami mengadakan kelas Feqh wanita dan kepada semua muslimat dijemput hadir.

Walau bagaimana pun, kami akan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan kepada jadual jadual yang ditetapkan.

Ahli Jawatankuasa surau memberi kerjasama dan penghormatan dalam memperbanyakkan aktiviti mengimarahkan surau ini bagi meningkatkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di kawasan setempat dan kepada para jemaah lain yang datang kesini.

Ia selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)

Setiap perubahan akan dikemaskini nanti, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment