Tuesday, March 2, 2010

Sahabat Ar Raudhah. siri 2


Setelah berunding , Dr Asri tetap tidak dibenarkan bercakap mengenai agama namun beliau hanya dibolehkan untuk memberitahu bahawa beliau dilarang daripada bercakap agama .

Saya sedang cuba menenangkan keadaan sambil meminta Dr Asri teruskan sahaja ucapan atau forum malam ini sehingga selesai . Namun Dr Asri membuat pilihan untuk mematuhi arahan JAIP agar tidak bercakap agama pada malam ini melainkan sekadar memaklumkan kepada umum bahawa beliau dihalang untuk bercakap agama oleh Jabatan Agama . Barangkali kalau beliau menyanyi atau menari mungkin Jabatan Agama membenarkan sebagaimana mereka tidak usik pun kelab - kelab malam yang bersepah ditengah - tengah bandar Kuantan .

Kini tinggal saya dengan Dr Azahar Yaacub meneruskan Forum hingga tamat , setelah Dr Asri beredar selepas 10 minit berada di atas pentas forum . Jelas ianya sangat mengecewakan orang ramai terhadap tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

- by Nasrudin Hassan Tantawi

1 comments:

  • Unknown says:
    March 2, 2010 at 2:09 PM

    kekecewaan terus menusuk di hati jemaah dan hadhirin yang ribuan datang untuk mendengar hujah bersifat intelektual yang dirosakan oleh JAIP. Kegagalan Dr Asri yang merupakan panel kehormat untuk berhujah menenggelamkan topik utama perbahasan. Ini adalah angkara Jaip di atas arahan Mufti Pahang. Pada saya apakah kezaliman yang lebih besar melainkan menghalang manusia berkata mengenai islam. Allah telah mengutuskan ribuan nabi dan ratusan rasul a.s. samada yang kita ketahui dan tidak kita ketahui semuanya dengan satu tujuan untuk mengajak umat manusia kepada islam. Sekiranya kelompok yang bergelumang dengan kejahilan melakukannya, itu adalah lazim. Tetapi jika pihak berkuasa agama, ini adalah janggal. Ketaatan kepada pemimpin selepas nabi s.a.w bukanlah mutlak. Taat kepada ketua di atas perkara derhaka kepada allah adalah syirik akbar. Bukan soal jawatan atau cari makan. Saya dimaklumkan pada petang itu oleh pegawai Jaip sekiranya Dr Asri pegang sahaja mikrofon akan terus ditangkap. Alasan melalui surat mufti yang diarahkan kepada Jaip adalah pandangan kontroversi Dr Asri terhadap Islam. Apa dia kontroversi yang dimaksudkan? Jaip pun tiada jawapan untuk berhujah dengan pengajur.Hanya melaksanakan tugas sebagai pak turut. Saya tidak diperjelaskan suatu alasan yang ada fakta atau ada rasionalnya. Carian dibuat di Jaip, juga di Majlis Fatwa Kebangsaan, tiada satu pekeliling pun atau peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak pihak berwajib untuk menghalang Dr Asri dari bercakap soal agama. Saya telah memaklumkan kepada Jaip, ini adalah forum, medan berhujah bukan ruang mengajar ilmu. Walaupun Jaip memahami program ilmu yang dinaungi oleh malaikat allah yang merahmati taman-taman syurga ini tetapi sifat taksub taat kepada arahan menyebabkan sebahagian syaitan-syaitan bergembira melihat agen-agen yang berjaya menembusi taman-taman syurga Allah pada malam itu. Kelmarin sekitar jam enam petang saya sempat menghubungi Yh dato mufti melalui talian telefon. Saya melahirkan kekecewaan saya dan hadhirin di atas tindakan Jaip dan Dato Mufti yang memberi alasan sewaktu beliau menjadi timbalan mufti dulu beliau pernah ternampak atau terpandang ada arahan dari pihak berkuasa negeri melarang Dr Asri masuk ke negeri Pahang. Bagi saya kalau terdapat larangan bergerak yang terhad ini sudah pastilah pihak polis melaksanakan tugas itu. Saya juga maklum bahawa Dr Asri belum pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah syariah diatas kesalahan jenayah syariah atau pun jenayah civil. Sekiranya larangan ini diteruskan maka ianya adalah satu fitnah kepada Dr Asri. Mengeluarkan tuduhan berasaskan persepsi ini adalah nafsu. Janganlah hendaknya membaling batu sembunyi tangan. Di hadapan Allah nanti anggota akan menjadi saksi. Wallahualam.

    - by Pengerusi Musolla Ar-Raudhah.

Post a Comment