Friday, May 14, 2010

Masjid Singapura guna 'Piala Dunia' untuk berdakwah

Ustaz Ismail Othman (kiri) dan noja masjid, Haji Ismail Osman (tengah) serta Haji Mazik Musa (kanan) membuat persiapan bagi penayangan Piala Dunia di Masjid Darussalam

Disebahagian masyarakat cukup trauma dengan bolasepak dan kini sebuk pula dengan kejohanan piala dunia.


Umpama nya di Singapura timbul pula pemasaalahan dengan siaralangsung perkembangan bola sepak itu.

Dalam satu perkembangan lain disana terdapat pula saebuah masjid yg menyediakan satu pancaran layer besar kepada orang ramai untuk menonton siri perlawanan bolasepak piala dunia itu, mereka berpeluang menontonnya secara percuma di Masjid Darussalam. Kita ikuti lapuran Azahar Mohd Bh Singapura.

Selain menggalak golongan belia berjinak-jinak dengan masjid, penyiaran secara langsung Piala Dunia itu juga diharap dapat menarik masyarakat bukan Islam mengetahui dengan lebih mendalam peranan masjid di Clementi itu.

Pengerusi eksekutif Masjid Darussalam, Haji Abdul Mutalif Hashim, berkata penayangan Piala Dunia itu demi menjadikan masjid tersebut sebuah pusat sehenti bagi para penduduk, selaras dengan matlamat menjadikannya institusi yang mesra masyarakat.

'Ini merupakan kali kedua kami menayangkan perlawanan Piala Dunia selepas Piala Dunia 2006 di Jerman. Kami mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, bagi menarik mereka yang 'jarang-jarang ke masjid' untuk sama-sama memakmurkan masjid.

'Kedua, menarik golongan belia supaya mereka dapat berjinak-jinak ke masjid dan ketiga, menarik masyarakat bukan Islam supaya mereka lebih mengetahui peranan masjid, seperti peranan azan dan sebagainya,' ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, tayangan Piala Dunia itu akan diadakan di ruang berbumbung di tepi bangunan masjid.

Sebelum ini ramai peminat bola sepak melahirkan kekecewaan setelah kedua-dua syarikat perhubungan itu mengumumkan pakej bagi menonton Piala Dunia 2010.

Pakej yang dikenakan dua syarikat itu bagi 64 perlawanan ialah $70.62, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pengguna yang mendaftar selewat-lewatnya 31 Mei ini dan $94.16 selepas tarikh itu.

Selain membeli antena bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di RTM1, RTM2 dan saluran televisyen Indonesia, RCTI, mereka juga bercadang menontonnya di Internet.

Menurut Haji Abdul Mutalif, Masjid Darussalam beruntung kerana dapat memperolehi saluran televisyen Indonesia, SCTV dan RCT1, dengan terang. Pihak masjid kemudian akan menggunakan alat projektor supaya siaran itu dapat disiarkan di layar lebih besar.

Ustaz Ismail Othman yang ditugaskan Masjid Darussalam untuk mendekati golongan belia, berkata bahawa masjid harus dijadikan tempat yang terbuka untuk setiap Muslim - termasuk yang bertatu dan berambut panjang.

'Sememangnya kita harus peka dengan tanggungjawab memelihara kesucian masjid. Namun sekiranya kita dapat menarik golongan belia ini yang tidak pernah ke masjid menjejakkan kaki ke masjid dan kemudian membuka hati mereka untuk beribadah, ia merupakan bonus,' tegasnya.

Bagi menarik peminat bola sepak, Masjid Darussalam akan juga menyediakan makanan ringan yang didermakan orang ramai seperti pisang goreng, epok-epok, kopi dan teh bagi para pengunjung.

0 comments:

Post a Comment