Tuesday, August 24, 2010

Sheikh Mahmoud Siyam di Musolla Ar Raudhah


Sheikh Mahmoud Siyam

Dataran Imam Nawawi Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan, turut juga menempatkan surau Al Raudhah yang sering mengadakan pelbagai majlis ilmu sama ada kuliyah, tazkirah, majlis majlis bercorak keagamaan dan sebagai nya.

Dengan penghayatan bulan yg mulia tahun ini ramadhan Al Mubaraq, pihak pengurusan Musolla Ar Raudhah telah menjemput 25 orang yang bakal menggerak tazkirah dan sembahyang tarawih di musolla ini sepanjang bulan ramadhan. Mereka ini termasuklah ustaz ustaz dan beberapa orang ulama’ serta tokoh tokoh pimpinan masyarakat.

Antara nya yg di undang termasuk juga Ustaz Azman Shapawi, Ust.Abu Bakar Chik, Ust.Osman Razak, Ust.Zuridan Daud, Ust.Ab.Nasir Tantawi, Ust.Rosmaini, Ust.Sharil Azman, Ust.Mokhtar Senik, Ust.Mohd Khalil Ab.Hadi, En.Mahfuz Omar, En.Mazlan Aliman, Salihudin Ayob, Ust.Nasarudin Mat Isa, Ust.Imran Al Malizi, Sheikh Mahmoud Siyam dan juga Ust.Nasarudin Tantawi serta beberapa nama lagi yang tidak dinyatkan disini.

Antara kemuncak yang dijangkakan bakal diadakan nanti ialah majlis berbuka puasa bersama sunat tarawih dan ceramah mengenai Palestin yang bakal di jayakan oleh Ust.Nasarudin Mat.Isa, Ust.Imran Al Malizi dan Sheikh Mahmoud Siyam yang juga selaku bekas imam masjidil Al Aqsa.

Majlis ini akan di adakan pada 28/8/2010 bersamaan dengan 18 ramadhan, majlis akan bermula pada jam 6 petang.

Turut di jangkakan Ustaz Nasarudin Tantawi akan mengundang kesemua ahli ahli fan club face book kelolaan beliau untuk ke majlis ini bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana di majlis ini serta dapat mengimarahkan dataran ini dan bertemu dengan ilmuan ilmuan yang bakal menghadiri nanti insya Allah.

Kepada semua para muslimin dan muslimat dan masyarakat setempat juga dijemput hadir. “sujud kita pada yang satu”.

0 comments:

Post a Comment