Sunday, August 29, 2010
'Penderitaan Rakyat Palestin di Dataran Imam Nawawi'
Lebih kurang pukul 6.40 minit petang saya bersama seorang rakan selamat tiba ke Dataran Ilmu Imam Nawawi, Musolla Ar Raudhah Beserah Kuantan.
Pada 28hb ogos dijadualkan Musolla Ar Raudhah akan mengadakan majlis berbuka puasa dan seterusnya sembahyang tarawih serta ceramah yang berkaitan dengan ketegangan di Palestin.
Jam 6.50 petang ketibaan Ust.Nasaruddin Mat Isa selaku penceramah jemputan dan beliau bersama rakan nya di sambut oleh AJK musolla Ar Raudhah. Para hadirin semakin bertambah ramai dan pada jam 7.19 laungan azan berkumandang dan semua para tetamu serta AJK majlis menjamu hidangan berbuka puasa.
Lebihkurang setengah kemudian para hadirin dimalam itu sama sama menunaikan sembahyang maghrib yang di imamkan oleh Ust.Nasaruddin Mat Isa, yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bacok Kelantan.
Selepas sembahyang isya’ dan sebelum ketibaan Syeikh Dr.Mahmoud Siyam serta Ust.Imran Malizi yg menjadi penceramah undangan Musolla Ar Raudhah, Ust.Nasaruddin Mat Isa mengambil peluang untuk menyampaikan tazkirah nya yg banyak menyentuh keagongan bulan yang mulia ini, ramadhan Al mubaraq.
Lebihkurang setengah jam kemudian, tibalah kedua tokoh ilmuwan ini Ustaz Imran Malizi dan Syeikh Mahmoud Siyam. Terus saja Syeikh Mahmoud mengimamkan sembahyang tarawih pada malam itu. Ramai di antara hadirin pada malam itu dapat merasakan suasana sedikit kelainan, apabila bersembahyang tarawih dilakukan di tanah lapang beramai ramai, yg pada kebiasaan nya di adakan didalam surau surau atau masjid.
Di imamkan pula oleh seorang tokoh agama yg baik, bacaan doa beliau cukup menyentuh hati kita, walaupun sesekali diganggu oleh system bunyi tetapi kelancaran ibadat dimalam itu tak dinafikan.
Ust.Nasaruddin Tantawi selaku ‘tuan rumah’ membuka bicara ceramah nya, beliau turut menyentuh kemuliaan bulan ramadhan, keresahan para penduduk di Plaestin serta turut mencuit ‘keberantakan’ dalam Negara sendiri.
Penceramah kedua Ust.Imran Malizi, walaupun beliau berceramah agak ringkas tetapi maksud yg ingin disampaikan cukup mendalam makna nya, dan beliau terus menjemput Syeikh Mahmoud Siyam untuk berucap dan beliau sendiri bertindak selaku penterjemah ucapan dari Syeikh Mahmoud dari bahasa arab ke bahasa Melayu.
Syeikh Mahmoud menyampaikan ucapan terimakasihnya kepada rakyat Malaysia, khusus nya para penduduk Beserah Kuantan yg mempunyai komitmen yg tinggi dalam usha usha membantu umat se agama nya di Palestin yg hidup dalam kesusahan sejak bertahun tahun yg lalu.
Beliau juga mengatakan sering datang ke Negara ini setiap ramadhan dan sudah 25 tahun melakukan kerja kerja kemasyarakatan membantu para penduduk tanah air nya Palestin. Kekuatan ‘jiwa’ beliau dalam menangani keperitan bangsa nya demi menghadapi ‘kebobrokan’ kaum Yahud perlulah menjadi pengiktibaran kepada kita di Malaysia ini.
Kita perlu mengambil pengajaran dari sekarang, apatah lagi sudah nampak ‘tanda tanda’ awal dalam masyarakat kita sendiri yg terlalu banyak berlaku kemungkaran disana sini. Jika tidak kita membendung nya alamat tak mustahil pekara pekara sedemikain akan berlaku jua akhir nya, na’uzubillah!
Syeikh Mahmoud juga berkata “pernah ana menghadiri muktamar PAS ke 31 satu ketika dahulu dan yang menjadi penterjemah ucapan nya ketika itu ialah saudara Ust.Nasaruddin Mat Isa” disambut gelak oleh para hadirin, dan Ust.Nasaruddin Mat Isa yg duduk dibelakang hanya tersenyum, dan hari ini diterjemah oleh Ust.Imran pula tambah nya.
Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan berbanyak terimakasih diatasetiap sokongan rakyat Negara ini kepada perjuangan rakyat Palestin, sama berupa bantuan ekonomi mahupun setiap doa doa dari kita semua.
Ust.Nasaruddin Mat Isa sebagai penceramah akhir dimalam itu pula mengambil tempat. Beliau juga merucap mengenai ramadhan dan suasana di timur tengah serta Palestin. Negara Negara Arab sendiri pun masih banyak memandang sepi kepada sahabat seagama nya di Palestin. Sedangkan Al Aqsa di Palestin pernah menjadi kiblat kepada mereka semua suatu ketika dahulu, ‘am nya bagi umat diseluruh dunia.
Di akhir ucapan nya, Ust.Nasaruddin agak bimbang yg Negara kita juga akan menjadi kucarkacir satu hari nanti. Beliau turut menghubungkaitkan beberapa ‘persoalan tegar’ yg berlaku sekarang.
Berita di media media elektronik mahupun akhbar akhbar utama sebuk memuatkan bab bab hukum hudud, masaalah doa kepada Lim Guan Eng yg di provokan, kesah non muslim yg masuk ke masjid dan kesah kesah orang yg merosakan surau, masjid dan gereja, tetapi kenapa didiamkan atau tak ada berita bab ‘Rm 52 billion yang di sorok’ atau ‘menghilangkan diri’, pekara ini telah dibangkitkan oleh ahli parlimen Bagan P.Pinang di dewan rakyat.
52 billion bukan nya 52 juta dan ini adalah peruntukan bumiputera, ia nya tidak kelihatan lagi di bursa saham Kuala Lumpur. Kenapa ramai yg terdiam? Atau apakah pekara ini perlu ditutup oleh hal hal remeh seperti surau disembah dengan cat merah?
Majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan Ust.Nasaruddin Tantawi mengumumkan jumlah kutipan sumbangan jihad untuk Palestin pada malam itu sebanyak 14 ribu ringgit lebih, termasuk sumbangan seorang insan sebanyak 6 ribu ringgit.
Alhamdulillah… majlis berkalan lancar dan sama samalah kita memeriahkan lagi ‘DATARAN ILMU IMAM NAWAWI’ Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana, Beserah Kuantan di masa masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment