Sunday, November 21, 2010

Aidil Adha dan Ibadah Qurban-Aqiqah 1431H


Buat pertama kalinya warga Taman Pelindung Perdana dan masyarakat setempat bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha di Musolla Arraudhah sejak mula di imarahkan lebih kurang 5 tahun lepas. Kebiasaanya penduduk di sini yang sebilangan besar penjawat awam dan swasta mengambil peluang cuti umum ini untuk beraya di kampung masing-masing. Pada tahun ini,memandangkan cuti Aidiladha jatuh pada pertengahan minggu, kebanyakkannya sepakat untuk menyambut Adiladha di sini dengan bersama-sama solat sunat dan menjayakan ibadah qurban.


Pada pagi 10 Zulhijjah itu, suasana hening taman di pecahkan oleh gema suara takbir penuh semangat oleh para jamaah. Uniknya lafaz takbir itu di selangi suara nyaring penuh semangat para jamaah ala 'irama timur tengah' yang berbeza dengan laungan takbir yang 'mendayu dan sedih' di kebanyakan negara di sebelah nusantara ini. Ia sedikit-sebanyak menyuntik 'roh jihad' para sahabat yang berjuang mempertahan martabat dan maruah Islam suatu ketika dulu.


Solat Aidiladha di imamkan oleh Ustaz Mohd.Azli, di ikuti penyampaian khutbah oleh Ustaz Nasrudin Hassan yang mengimbas kembali peristiwa pengurbanan Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim. Khutbah yang lantang dan bertenaga oleh Al Ustaz Nasrudin menyentuh tentang perlunya kita berkorban dan berusaha dalam kontek 'amal maaruf, nahi mungkar' dan memertabatkan Islam ketempat yang selayaknya. Yang menariknya, khatib yang menyampaikan khutbah sambil memegang tombak menggantikan tongkat seperti kebiasaannya sempena menghampiri sunnah Rasulullah yang di riwayatkan memengang pedang ketika berkhutbah.

Ibadah qurban dan aqiqah bermula lebih kurang pukul 10 pagi, dengan tujuh ekor lembu ditumbangkan di sini dan seekor (dalam bentuk RM) di pos ke Sarawak untuk umat Islam di sana. Alhamdulillah sekitar pukul 2, daging qurban mula di agihkan di ikuti jamuan tengahari untuk petugas dan para hadirin.
Semuga Musolla Arraudhah terus berperanan dalam penyebaran risalah Islam dan penyabung saliturrahim ummah.

0 comments:

Post a Comment